Saturday, April 4, 2009

Datuk Jalaluddin Hassan Gagah Di Pentas Teater.















(gambar ehsan warna.sg)


Datuk Jalaluddin Hassan sememangnya tidak asing lagi dalam industri hiburan di Malaysia, Kini nama ini masih gagah di industri kita, apa yang amat membanggakan Datuk Jalaluddin Hassan kini terus menerus di dalam arena teater pada ketika ini. Selepas kejayaan beliau dalam Teater Ibu Zain pada bulan yang lepas kini disambung pula dengan Bangsawan Semerah padi yang akan di pentaskan pada 10 hingga 12 April 2009 di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur jam 8.30 malam. Datuk Jalaluddin Hassan memegang watak Tok Penghulu di dalam kampung Semerah Padi yang mana membuatkan ianya memegang satu watak Tok Penghulu yang berpegang teguh kepada ajaran agama Islam. Penampilan beliau kali ini adalah bukti keikhlasan beliau pada industri hiburan tanah air kita, dan apa yang mengagumkan lagi beliau akan tampil semula di Teater Patung Kertas selepas Bangsawan Semerah Padi. Mari kita sama-sama saksikan penampilan hebat Datuk Jalalulddin Hassan di Bangsawan Semerah Padi arahan Khusiary Mahayuddin.

No comments: