Sunday, June 1, 2008

Syurga Atau Neraka




SINOPSIS

Penderitaan hidup manusia di muka bumi ini adakalanya tidak terbatas di dunia sahaja, pembalasan serta hukuman akan sentiasa bersama. Andainya jalan hidup sebelum ini tidak di landasan yang benar, melanggar segala larangan allah sudah tentu menerima balasan setimpal apabila seseorang itu mati, begitulah yang terjadi kepada Iman , Zarina serta Senin yang di gambarkan mempunyai dosa-dosa besar dan tiada kesempatan bertaubat sepenuhnya buat mereka.

Cerita bermula dengan bangkitnya kembali mereka ini setelah menghadapi kematian yang dahsyat di antara mereka, mereka bertiga bertemu dan berbicara tentang kesalahan diri sendiri ketika itu, mereka di tempatkan di bilik mayat hospital sementara . Iman seorang banduan yang mati di hukum gantung kerana kesalahannya mengedar dadah, Zarina pula mati kerana jangkitan HIV, manakala Senin pula mati di bunuh oleh ceti haram yang sentiasa memburu semasa hayatnya. Iman antara mayat yang paling lama ditinggal di bilik mayat itu, ini kerana tiada sesiapa waris yang mahu menuntutnya untuk pengebumiannya, begitu juga zarina yang yakin beliau akan dituntut dan disemadikan oleh suaminya, dalam keadaan masing-masing menanti, timbulah kekesalan diri keatas apa yang pernah di lakukan semasa hayat mereka di bumi.

Zarina antara yang paling menyesal atas apa yang di lakukan semasa kehidupanya, beliau berharap agar di beri peluang terakhir bagi menebus kesalahannya sekiranya dia di hidupkan semula.Iman yang selama ini hanya banyak berahsia akhirnya meluahkan segala isi hati serta latarbelakang dirinya. Siapakah Iman sebenarnya dan apakah kaitan Zarina dalam hidupnya, semuanya terjawap dalam pementasan teater ‘ Syurga atau Neraka’








Arahan
KHUSIARY MAHAYUDDIN

Skrip dan Karya
RAJA AZREY RAJA KAMARUZZAMAN

Barisan Pelakon

Watak Utama
ANI MAYUNI sebagai ZARINA ZAINODIN
RAJA AZREY sebagai HERMAN @ IMAN
CHE MAT (RAJA LAWAK) sebagai SENIN RAHMAT

Di bantu oleh
FETTY DZUL
NUROL HUDDA HUSSIN

MUHD MUHALDIN JAMIN


TARIKH : 7 -10hb OGOS 2008 ( 4 HARI )

MASA : 8.30 MALAM ( 7HB – 9HB OGOS 2008 )

3.00 PETANG ( 10HB OGOS 2008 )

Tempat : AUDITORIUM DEWAN SIVIK MBPJ PETALING JAYA

TIKET : RM 15/

Hubungi di talian untuk tempahan tiket:
+6 012 931 5764 Noor Adlina Abu Bakar
+6 017 303 6758 Indra Putra Jamin



4 comments:

Mohd. Alias bin Demyati said...

Tahniah...kami akan datang 10 hb 3.00 petang... satu bas lagi...

RESAM said...

terima kasih cintalaila kerana sudi beri sokongan. Pihak Kami akan cuba beri yang terbaik untuk anda semua...

Mohd. Alias bin Demyati said...

Terima kasih atas layanan yang telah diberi...syabas dan tahniah untuk semua team resam, budak-budak seronok dan nilai yang ingin disampaikan kesampaian...

http://cintalaila.blogspot.com

RESAM said...

pihak kami akan cuba yang sebaik mungkin terima kasih atas kerjasama anda.